VIDEO TULAR JAMBATAN RETAK: JKSB LAPOR POLIS UNTUK TINDAKAN LANJUT

BATU KAWAN, PULAU PINANG – 30 Oktober 2023: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB; Syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan dan Pemegang Konsesi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, JSAHMS) hari ini membuat laporan polis berhubung sebuah video tular di applikasi Whatsapp sejak semalam yang mendakwa bahawa sebahagian struktur Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) retak.

Laporan dibuat di Balai Polis Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Laporan berkenaan dibuat bertujuan supaya siasatan segera dilaksanakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap pengguna applikasi Whatsapp yang menular video berdurasi 28 saat berkenaan, yang catatan pada video tersebut dilihat berunsur palsu dan boleh menimbulkan kegusaran serta salah faham dalam kalangan orang awam.

Sehubungan dengan itu, pihak JKSB meminta kerjasama daripada semua pihak agar tidak menularkan video tersebut memandangkan ia merupakan maklumat palsu.

JKSB mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya.

Pengguna juga boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1300-30-2828 untuk mendapatkan maklumat trafik atau ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

– TAMAT –

Info Korporat:

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) ialah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan, diwujudkan pada Ogos 2008 untuk mereka bentuk, membina, mentadbir dan menyelenggara Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Pulau Pinang.

Pertanyaan:

Encik Taha Rusydi Bin Mohd Nazri
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Jambatan Kedua Sdn Bhd
012-273 7685
taha_rusydi@jambatankedua.com.my

This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.