






Pada 19 Februari 2025, satu sesi Townhall telah berlangsung bersama Ketua Pegawai Eksekutif Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), YBhg. Dato’ Faisal bin Shahbudin, bertempat di Training Room, Pejabat Operasi JKSB. Sesi ini menghimpunkan warga kerja JKSB untuk memperkukuh komunikasi dua hala antara pihak pengurusan dan kakitangan.
Dalam sesi tersebut, YBhg. Dato’ Faisal telah berkongsi pencapaian semasa syarikat, cabaran yang sedang dihadapi serta hala tuju strategik bagi suku tahun mendatang. Beliau turut menekankan kepentingan budaya kerja berpasukan, inovasi berterusan dan komitmen kolektif dalam merealisasikan matlamat syarikat.
Sesi ini turut membuka ruang interaksi melalui sesi soal jawab yang konstruktif, membolehkan para kakitangan menyuarakan pandangan serta mendapatkan maklum balas secara langsung daripada pihak pengurusan tertinggi.
Pendekatan ini sejajar dengan usaha JKSB dalam membina sebuah persekitaran kerja yang telus, terbuka dan inklusif, selaras dengan nilai-nilai profesionalisme dan integriti yang menjadi teras budaya korporat syarikat.




