BATU KAWAN, PULAU PINANG – 8 November 2023: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB; Syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan dan Pemegang Konsesi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, JSAHMS) hari ini menyumbangkan peralatan penyelenggaraan kepada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Majlis serahan diadakan di Pejabat Operasi JKSB di Batu Kawan Pulau Pinang dan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif JKSB, Dato’ Faisal Shahbudin. Hadir sama Penolong Pengarah (Pemulihan) PUSPEN Bukit Mertajam, Dr. Utthayasoorian A/L Shanmugam dan Ketua Unit Latihan Kemahiran Vokasional PUSPEN, Encik Muhammad Noor bin Husin.
Menurut Dato’ Faisal, sumbangan peralatan penyelenggaraan yang diadakan pada hari ini merupakan sebuah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) JKSB di bawah kategori Sinar Alam yang memberi fokus kepada isu-isu dan usaha-usaha yang melibatkan pemeliharaan dan kelestarian alam sekitar.
“Objektif utama program CSR ini dianjurkan adalah bagi mengukuhkan jalinan kerjasama korporat antara JKSB dan PUSPEN Bukit Mertajam selain menjalankan aktiviti kelestarian alam sekitar bagi tujuan keselesaan penghuni atau client di sekitar kawasan PUSPEN,’’ kata Dato’ Faisal.
Dalam pada itu, JKSB turut meraikan pemenang-pemenang bagi “Penang 2nd Bridge Loyalty Program” yang memenangi hadiah bagi pusingan pertama. Kempen ini diperkenalkan buat julung kalinya sempena ulang tahun ke-10 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang bakal disambut pada 1 Mac 2024. Ia bertujuan untuk menggalakkan pengguna melalui jambatan berkenaan sekaligus meningkatkan jumlah trafik sedia ada.
Kempen ini berlangsung selama enam (6) bulan melibatkan 3 pusingan iaitu Pusingan Pertama pada 10 Ogos 2023 hingga 9 Oktober 2023 lalu, Pusingan Kedua pada 10 Oktober 2023 hingga 9 Disember 2023 dan Pusingan Ketiga (Akhir) pada 10 Disember 2023 hingga 9 Februari 2024. Ia terbuka kepada semua pengguna Individu dan Komersil.
Pemenang bertuah untuk pusingan pertama yang memenangi hadiah sebuah Telefon Pintar Redmi Note ialah Encik Thines A/L Thiagarajan, Puan Aina Zafirah Zolhelme dan Encik Mohammad Akmal Ismail.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen “Penang 2nd Bridge Loyalty Program”, sila layari laman sesawang kami di www.jambatankedua.com.my.
TAMAT –
Info Korporat:
Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) ialah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan, diwujudkan pada Ogos 2008 untuk mereka bentuk, membina, mentadbir dan menyelenggara Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Pulau Pinang.
Pertanyaan:
Encik Taha Rusydi Bin Mohd Nazri
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Jambatan Kedua Sdn Bhd
012-273 7685
taha_rusydi@jambatankedua.com.my



