Program Derma Darah Sempena Hari Darah Sedunia 2023 capai sasaran ditetapkan
Bukit Mertajam, Pulau Pinang, 24 Jun 2023: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB; syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan dan Pemegang Konsesi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, JSAHMS) hari ini telah mengadakan Program Derma Darah melibatkan masyarakat setempat dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menderma darah dan meningkatkan tabungan darah. la sempena sambutan Hari Derma Darah Sedunia yang diadakan pada 14 Jun setiap tahun.
Program dirasmikan oleh En Muhamad Nor Anazim Rejab, Ketua Integriti dan Governans JKSB mewakili Ketua Pegawai Eksekutif JKSB, En Faisal Shahbudin. Hadir sama, Ts. Dr. Mohd Ikmal Fazlan Rosli, Koordinator Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni, UITM Cawangan Pulau Pinang.
Program dengan kerjasama Hospital Seberang Jaya ini berlangsung seawal jam 10 pagi hingga jam 3 petang di AEON Mall Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Turut terlibat sama 40 sukarelawan dan penderma dalam kalangan kakitangan JKSB dan warga UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Menurut Encik Faisal Shahbudin, Ketua Pegawai Eksekutif, JKSB sentiasa komited dalam melaksanakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat berkenaan. Hal ini termasuk memfokuskan kepada usaha memelihara dan memulihara alam sekitar, membantu dalam memperkasakan ilmu pengetahuan serta pembangunan keharmonian komuniti.
“Program derma darah ini telah dianjurkan sejak tahun 2020 dan JKSB berharap agar aktiviti sebegini dapat membantu memastikan bekalan darah berada di paras selamat dalam menghadapi sebarang rawatan kecemasan. Pihak JKSB juga menghargai kerjasama dan penglibatan pihak Hospital Seberang Jaya & UITM Cawangan Pulau Pinang untuk memastikan usaha ini berjaya, serta menyumbang kepada kesejahteraan dan keharmonian masyarakat di Pulau Pinang”, ujar En Faisal.
Program derma darah JKSB ini telah mendapat sambutan menggalakkan, di mana setakat jam 3 petang tadi, seramai 83 orang penderma telah tampil untuk menderma darah dan sebanyak 69 pek darah dapat dikumpulkan sepanjang tempoh program diadakan. la melepasi sasaran awal sebanyak 35 pek darah untuk program kali ini.
–TAMAT-
Info Korporat:
Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) ialah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan, diwujudkan pada Ogos 2008 untuk mereka bentuk, mentadbir dan mengendali Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Pulau Pinang.
Untuk Pertanyaan Lanjut, Sila hubungi:
Encik Taha Rusydi Mohd Nazri
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Jambatan Kedua Sdn Bhd
012-273 7685
taha_rusydi@jambatankedua.com.my
Dr. Khairulnisa A. Manap
Ketua Unit Transfusi Jabatan Patologi
Hospital Seberang Jaya
019-577 5638
nisamanap@yahoo.com



