Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya Januari 2025 & Majlis Amanat Tahun Baharu

Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya (KKR) bagi bulan Januari 2025 telah diadakan dengan jayanya pada 14 Januari 2025 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya, Kuala Lumpur. Majlis ini turut disusuli dengan Amanat Tahun Baharu 2025 oleh YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia.

Perhimpunan ini telah menghimpunkan lebih 500 warga kementerian, agensi di bawah KKR, serta wakil-wakil syarikat konsesi lebuh raya dan penyenggaraan, termasuk Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Faisal Shahbudin.

Ketua Setiausaha KKR, YBhg. Dato’ Seri Azman Md Yusof turut berkongsi pencapaian utama kementerian bagi tahun 2024 termasuk pelaksanaan Program MyJalan, penerapan teknologi Building Information Modelling (BIM) dalam 285 projek oleh JKR, serta penyediaan 79 lokasi tempat teduhan untuk penunggang motosikal yang telah siap sepenuhnya menjelang Oktober 2024.

Majlis turut diserikan dengan:

  • Sesi Ikrar Syarikat Konsesi, sebagai komitmen syarikat terhadap pelaksanaan perkhidmatan yang berkualiti, inovatif dan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI;
  • Sesi Penyerahan Pelekat MYJalan A-Team, yang disempurnakan oleh YB Menteri, Timbalan Menteri, barisan pengurusan tertinggi KKR serta agensi-agensi berkaitan
  • Penghargaan kepada syarikat konsesi, termasuk JKSB yang telah menerima sijil penyertaan sebagai tanda sokongan dan kerjasama berterusan bersama Kementerian Kerja Raya.

Secara keseluruhan, majlis ini menegaskan peranan penting syarikat konsesi dalam:

  • Melaksanakan obligasi perjanjian konsesi secara menyeluruh dan bertanggungjawab;
  • Mengaplikasikan pendekatan inovatif dalam meningkatkan mutu perkhidmatan;
  • Menyokong visi serta dasar kerajaan;
  • Dan memperkukuh aspek keselamatan infrastruktur negara.
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.