Kempen menjelang ulang tahun ke-10 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Batu Kawan, Pulau Pinang, 8 Ogos 2023: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB; syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan dan Pemegang Konsesi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, JSAHMS) hari ini melancarkan kempen “Penang 2nd Bridge Loyalty Program” untuk mendorong para pengguna memenangi pelbagai hadiah menarik ketika melalui jambatan berkenaan.
Kempen ini berlangsung selama enam (6) bulan bermula 10 Ogos 2023 hingga 9 Februari 2024 dan terbuka kepada semua pengguna Individu dan Komersil. Pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi Baucar Barangan bernilai RM1,200, Telefon Pintar Redmi Note serta hadiah utama Televisyen Pintar 55 inci (55’’), tertakluk pada terma dan syarat kempen.
Ketua Pegawai Eksekutif JKSB, Encik Faisal Shahbudin berkata, kempen berkenaan diperkenalkan buat julung kalinya sempena ulang tahun ke-10 JSAHMS yang bakal disambut pada 1 Mac 2024. Ia bertujuan untuk menggalakkan pengguna melalui jambatan berkenaan sekaligus meningkatkan jumlah trafik sedia ada.
Kempen “Penang 2nd Bridge Loyalty Program” akan berlangsung dalam 3 pusingan iaitu Pusingan Pertama pada 10 Ogos 2023 hingga 9 Oktober 2023, Pusingan Kedua pada 10 Oktober 2023 hingga 9 Desember 2023 dan Pusingan Ketiga (Akhir) pada 10 Disember 2023 hingga 9 Februari 2024.
Pengguna perlu melalui Jambatan Sultan Abdul Halim Muádzam Shah minimum sebanyak 50 kali (kategori individu) dan 100 kali (kategori komersil) dalam tempoh 2 bulan untuk pusingan pertama. Pemenang akan dipilih menerusi penyertaan yang tertinggi. Penyata Transaksi Touch N Go dan E-Wallet juga perlu dihantar secara atas talian atau secara manual di Pejabat Operasi JKSB di Batu Kawan.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen “Penang 2nd Bridge Loyalty Program”, sila layari laman sesawang kami di https://www.jambatankedua.com.my/jksb-loyalty-campaign
— TAMAT —
Info Korporat:
Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) ialah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan, diwujudkan pada Ogos 2008 untuk mereka bentuk, mentadbir dan mengendali Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Pulau Pinang.
Untuk Pertanyaan Lanjut, Sila hubungi:
Encik Taha Rusydi Mohd Nazri
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Jambatan Kedua Sdn Bhd
012-273 7685
taha_rusydi@jambatankedua.com.my



