
Edaran Beg Serbaguna
Program edaran beg serbaguna kepada orang awam di Bawah kategori Sinar Alam ini merupakan program penutup…

Menerusi empat tonggak CSR Sinar Insan, Sinar Alam, Sinar Ilmu dan Sinar Sejahtera, JKSB menyokong penjagaan penglihatan, pendidikan untuk pelajar kurang berkemampuan dan pemeliharaan alam sekitar, memberi impak bermakna dan mengukuhkan hubungan komuniti.
Di Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bukan sekadar komitmen korporat tetapi satu usaha berterusan untuk memberi sumbangan dan mewujudkan nilai yang berkekalan kepada komuniti setempat. CSR merujuk kepada aktiviti yang dilaksanakan oleh sesebuah syarikat dengan objektif utama untuk memberi manfaat kepada masyarakat tempat ia beroperasi atau kumpulan dan komuniti dalam masyarakat tersebut.
Selaras dengan tujuan ini, JKSB melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah empat teras utama iaitu Sinar Insan, Sinar Alam, Sinar Ilmu dan Sinar Sejahtera. Inisiatif ini merangkumi sokongan kepada keluarga kurang berkemampuan dan penganjuran program komuniti, pemeliharaan alam sekitar, galakan pembelajaran inovatif serta peningkatan kesihatan awam dan keselamatan jalan raya.
PEMBANGUNAN KOMUNITI
Memberi tumpuan kepada sokongan keluarga kurang berkemampuan dan mengeratkan hubungan komuniti melalui inisiatif seperti kelas tuisyen percuma, bantuan makanan, lawatan ke rumah jagaan warga emas, sambutan Merdeka dan program kemasyarakatan lain.
SINAR SEJAHTERA
Di bawah teras Sinar Sejahtera, pelbagai program berasaskan kesihatan dan keselamatan awam dilaksanakan untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti serta mewujudkan persekitaran perjalanan yang lebih selamat. Inisiatif ini merangkumi pemeriksaan kesihatan, kempen kesejahteraan dan program pendidikan yang menekankan kesedaran keselamatan jalan raya, amalan pemanduan berhemah, pematuhan peraturan trafik dan penggunaan peralatan keselamatan yang betul.
SINAR ILMU
Menyokong pendidikan dan memupuk kreativiti melalui inisiatif pembelajaran inovatif seperti program robotik, bengkel teknologi dan aktiviti pembangunan kemahiran untuk pelajar serta komuniti.
SINAR ALAM
Didedikasikan untuk pemeliharaan alam sekitar dan kelestarian termasuk penanaman bakau, projek perlindungan pesisir pantai dan kempen kesedaran alam sekitar.

Program edaran beg serbaguna kepada orang awam di Bawah kategori Sinar Alam ini merupakan program penutup…

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) telah menyalurkan Bantuan Pasca Banjir kepada masyarakat yang terjejas akibat bencana…

Julung kali bersempena ulang tahun ke-10 Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS), Jambatan Kedua Sdn…

Pada 25 Oktober 2024, Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) sekali lagi menunjukkan komitmen jangka panjang terhadap…

Pihak JKSB sekali lagi telah melaksanakan inisiatif Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menyumbangkan cermin mata…

Di bawah kategori Sinar Insan yang memfokuskan kepada pembangunan komuniti setempat, pihak JKSB telah menyumbangkan lima…

JKSB, dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan, telah menyumbangkan Milling Tar (Premix) kepada SK…

Satu program Jiwa Komuniti Madani peringkat Parlimen Batu Kawan dan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang telah…

JKSB telah menganjurkan satu sesi strategi pembelajaran Bahasa Inggeris dengan kerjasama SMK Bandar Tasek Mutiara dan…

Pada 25 Jun 2024 yang lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang menerima sumbangan 120…

JKSB telah menganjur Program Korban Perdana 2024 dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau,…

JKSB telah menyantuni dan meraikan seramai 45 orang anak-anak asnaf dari Pusat Jagaan Inapan Kasih Sayang,…