JKSB RAIKAN 50 ORANG ANAK-ANAK YATIM & ASNAF
Bayan Baru, Pulau Pinang, 4 April 2023: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB; syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan dan Pemegang Konsesi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, JSAHMS) hari ini menyantuni dan meraikan seramai 50 orang anak-anak yatim dan asnaf, dari Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Pulau Pinang. la menerusi program Shopping Spree atau membeli belah sempena Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Mydin Bukit Jambul, Pulau Pinang.
Majlis dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif JKSB, Encik Faisal Shahbudin. Hadir sama, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Mohd Yussof Latiff, Yang Di-Pertua Persekutuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Pulau Pinang dan Encik Zakaria Taib, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang.
Menurut En Faisal, JKSB sentiasa komited dalam melaksanakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat berkenaan. Hal ini termasuk memfokuskan kepada usaha memelihara dan memulihara alam sekitar, membantu dalam memperkasakan ilmu pengetahuan serta membangunkan keharmonian komuniti.
Tambah En Faisal, Program Shopping Spree ini telah diadakan buat kali ketiga sejak tahun 2021 bagi membeli kelengkapan dan pakaian raya anak-anak yatim dan asnaf yang dikenal pasti, di pusat membeli belah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“JKSB sentiasa prihatin akan kepentingan dalam menjaga kesejahteraan dan keharmonian anak-anak yatim & asnaf di Pulau Pinang. Hal ini termasuk memberikan mereka perhatian dan mencurah kasih sayang terutama sekali ketika hari raya yang bakal tiba. la sekaligus memastikan agar mereka tidak tercicir dalam meraikan keistimewaan Ramadan mahupun kegembiraan Aildilfitri seperti orang lain”, Ujar En Faisal.
Selepas selesai sesi membeli-belah, anak-anak ini turut dibawa ke Hotel Pen Mutiara, Batu Maung bagi majlis berbuka puasa bersama pihak pengurusan JKSB yang turut diraikan dengan kehadiran wakil media dari seluruh Pulau Pinang.
Info Korporat:
Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) ialah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan, diwujudkan pada Ogos 2008 untuk mereka bentuk, mentadbir dan mengendali Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Pulau Pinang.
Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Pulau Pinang merupakan pusat jagaan di bawah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pulau Pinang, yang dipertanggungjawab menjaga hal-hal kesejahteraan anak-anak yatim dan asnaf baik di Pulau Pinang dan negeri-negeri berdekatan.
Untuk Pertanyaan Lanjut, Sila hubungi:
Encik Taha Rusydi Mohd Nazri
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Jambatan Kedua Sdn Bhd
012-273 7685
taha_rusydi@jambatankedua.com.my



