3 EKOR LEMBU DIJADIKAN AGIHAN DAGING KORBAN
Kepala Batas, Pulau Pinang, 30 Jun 2023: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB; syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan dan Pemegang Konsesi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, JSAHMS) hari ini telah mengadakan Program Korban Perdana 2023 dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) Negeri Pulau Pinang. la sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini dan diadakan pada hari pertama tasyrik bersamaan 11 Zulhijjah 1444h.
Program yang berlangsung seawal jam 8 pagi hingga jam 12.30 tengah hari di Surau Permatang Tinggi Bakar Bata, Kepala Batas, Pulau Pinang dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Dato’ Azman Ibrahim, Pengarah Pembangunan Negeri ICU Pulau Pinang dan Encik Hussin Mohammad, Ketua Divisyen Operasi JKSB serta Encik Abdul Razak Abdul Rahman, Ketua Jabatan Kewangan JKSB yang mewakili Encik Faisal Shahbudin, Ketua Pegawai Eksekutif, JKSB. Turut terlibat sama adalah 100 orang sukarelawan dan penderma dari ICU Pulau Pinang, kakitangan JKSB serta kariah surau.
Menurut Encik Faisal Shahbudin, JKSB sentiasa komited dalam melaksanakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat berkenaan. Hal ini termasuk memfokuskan kepada usaha memelihara dan memulihara alam sekitar, membantu dalam memperkasakan ilmu pengetahuan serta pembangunan keharmonian komuniti.
“Program Korban Perdana ini adalah program tahunan JKSB yang dilaksanakan sejak 2021 dengan kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan di neger Pulau Pinang. JKSB bertanggungjawab sebagai penyumbang dana untuk pembelian lembu manakala agensi yang terlibat iaitu ICU Negeri Pulau Pinang yang juga rakan strategik pula membantu mengenal pasti asnaf yang layak menerima daging korban, selain mengurus urusan penyembelihan dan melaksanakan agihan. JKSB turut berharap agar program ini dapat membantu masyarakat setempat menghayati erti pengorbanan terutamanya dalam membantu golongan sasar yang memeriukan”, kata En Faisal.
Dalam pada itu, Dato’ Azman Ibrahim, Pengarah Pembangunan Negeri ICU Pulau Pinang turut menyambut baik inisiatif yang dianjurkan oleh JKSB. Beliau menzahirkan penghargaan kepada JKSB yang sentiasa memberikan kerjasama yang baik dan jitu kepada ICU JPM dalam melaksanakan Program Kesejahteraan Rakyat terutama di Negeri Pulau Pinang.
“Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata, Kepala Batas ini dipilih kerana kampung ini terletak dipinggir bandar dan mash mengamalkan tradisi dalam sambutan Hari Raya Qurban yang dilakukan secara gotong royong. Penduduknya terdin daripada 180 buah kediaman dan 35 keluarga berdaftar di dalam sistem eKasih. Penghargaan juga diberikan kepada pihak YaPeim di atas sumbangan bakul makanan kepada keluarga yang berada dalam kategori Miskin dan Miskin Tegar eKasih”, ujar Dato’ Azman.
Program Korban Perdana 2023 ini telah mendapat sambutan menggalakkan, di mana setakat jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 3 ekor lembu telah dikorbankan dan 337 kilogram daging korban telah didermakan kepada hampir 400 orang penerima.
— TAMAT —
Info Korporat:
Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) ialah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan, diwujudkan pada Ogos 2008 untuk mereka bentuk, mentadbir dan mengendali Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Pulau Pinang.
Untuk Pertanyaan Lanjut, Sila hubungi:
Encik Taha Rusydi Mohd Nazri
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Jambatan Kedua Sdn Bhd
012-273 7685
taha_rusydi@jambatankedua.com.my
Encik Azzimi Saidin
Ketua Penolong Pengarah
Seksyen Kesejahteraan Rakyat
Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang
04-5783701
azzimi.saidin@ppg.icu.gov.my



