PENUTUPAN SEMENTARA JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

BATU KAWAN, PULAU PINANG – 18 Disember 2023: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB; Syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan dan Pemegang Konsesi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, JSAHMS) ingin memaklumkan bahawa Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akan ditutup bermula jam 10.00 malam, 22 Disember 2023 (Jumaat) hingga jam 3.00 pagi, 23 Disember 2023 (Sabtu).

Penutupan sementara ini sempena program “PDRM 2nd Bridge 2023 Solidarity Fun Ride”. Walau bagaimanapun, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akan dibuka dan beroperasi seperti biasa selepas tamat acara berbasikal tersebut.

Sehubungan dengan itu, JKSB menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Pulau Pinang sebagai jalan alternatif dan mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan.

JKSB mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya.

Pengguna juga boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1-300-30-2828 untuk mendapatkan
maklumat trafik atau ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

– TAMAT –

Info Korporat:

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) ialah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan,
diwujudkan pada Ogos 2008 untuk mereka bentuk, membina, mentadbir dan menyelenggara
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Pulau Pinang.

Pertanyaan:

Encik Taha Rusydi Bin Mohd Nazri
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Jambatan Kedua Sdn Bhd
012-273 7685
taha_rusydi@jambatankedua.com.my

This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.