Melibatkan Laluan Dari Arah Batu Maung Ke Batu Kawan
BATU KAWAN, PULAU PINANG – 11 September 2023: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB; Syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan dan Pemegang Konsesi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, JSAHMS) ingin memaklumkan bahawa Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah akan membuat PENUTUPAN SEBAHAGIAN jambatan melibatkan laluan sehala keluar pulau dari arah Batu Maung ke Batu Kawan bermula jam 6.00 petang (16 September 2023 – Sabtu) hingga jam 2.00 pagi pada 17 September 2023 (Ahad).
Walau bagaimanapun, laluan keluar dari Bandar Cassia (Plaza Tol C) ke lebuh raya PLUS dan LALUAN MASUK KE PULAU dari arah Batu Kawan ke Batu Maung (Plaza A & B Bandar Cassia, dan Plaza JK2PP) adalah DIBUKA SEPERTI BIASA.
Penutupan sementara sebahagian jambatan ini sempena program “Cultural Night Run @ Penang 2nd Bridge”. Laluan yang terjejas akan dibuka dan beroperasi seperti biasa selepas tamat acara larian tersebut.
Sehubungan dengan itu, JKSB menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Pertama Pulau Pinang sebagai laluan alternatif keluar pulau dan mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan.
JKSB mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya.
Pengguna juga boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1300-30-2828 untuk mendapatkan maklumat trafik atau ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.
– TAMAT –
Mengenai:
Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) ialah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan, diwujudkan pada Ogos 2008 untuk mereka bentuk, mentadbir dan mengendali Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Pulau Pinang.
Pertanyaan:
Encik Taha Rusydi Bin Mohd Nazri
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Jambatan Kedua Sdn Bhd
012-273 7685
taha_rusydi@jambatankedua.com.my



