BATU KAWAN, PULAU PINANG – 1 Disember 2023: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB; Syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan dan Pemegang Konsesi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah) ingin memaklumkan bahawa dua (2) lorong manual Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) di Plaza Tol Bandar Cassia telah dibuka.
Dua lorong yang terlibat adalah di Lorong K23 (Plaza Tol B) dari arah lebuh Raya PLUS ke Bandar Cassia dan Lorong M4 (Plaza Tol C) dari Bandar Cassia menuju ke lebuh raya PLUS.
Kedua-dua lorong manual RFID ini boleh dilalui pada waktu puncak pada hari Isnin hingga Jumaat di sebelah pagi bermula jam 6.30 pagi hingga jam 9.30 pagi dan sebelah petang antara jam 4.30 petang hingga jam 7.00 malam.
Pembukaan lorong manual berkenaan adalah bertujuan bagi mengurangkan kesesakan trafik pada waktu puncak. Petugas tol akan dilengkapi dengan peranti mudah alih (portable reader) di Lorong manual berkenaan untuk mengimbas tag atau pelekat RFID, bagi membantu mempercepatkan transaksi pengguna.
Sehubungan dengan itu, JKSB menasihatkan agar orang ramai dapat memastikan baki di dalam kad atau e-wallet sentiasa mencukupi bagi menikmati perjalanan yang lancar. JKSB juga mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya.
Pengguna boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1300-30-2828 untuk mendapatkan maklumat trafik atau ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.
– TAMAT –
Info Korporat:
Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) ialah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan, diwujudkan pada Ogos 2008 untuk mereka bentuk, membina, mentadbir dan menyelenggara Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Pulau Pinang.
Pertanyaan:
Encik Taha Rusydi Bin Mohd Nazri
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Jambatan Kedua Sdn Bhd
012-273 7685
taha_rusydi@jambatankedua.com.my



