Mengiktiraf bahawa:
- Prinsip Anti Rasuah, yang dipinda atau disemak dari semasa ke semasa, adalah prinsip yang perlu dipatuhi oleh syarikat di Malaysia bagi menggalakkan integriti, ketelusan dan tadbir urus yang baik dalam semua aspek operasi.
- Melaksanakan perniagaan bebas daripada rasuah dan selaras dengan Prinsip Anti Rasuah untuk Korporat di Malaysia adalah demi kepentingan terbaik Syarikat dan para pemegang saham, kerana rasuah merosakkan nilai pemegang saham, melemahkan keyakinan pelabur dan bercanggah dengan pertumbuhan mampan.
Dengan ini Syarikat berikrar untuk:
- Tidak melalui mana-mana kakitangan, wakil atau ejen melakukan sebarang kesalahan rasuah di bawah mana-mana undang-undang seperti Akta SPRM 2009 atau Kanun Keseksaan.
- Tidak menjalankan sebarang amalan atau aktiviti perniagaan yang memerlukan atau menggalakkan mana-mana kakitangan, wakil atau ejen untuk melakukan kesalahan tersebut.
- Bekerjasama dengan rakan perniagaan, pengawal selia dan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang bebas daripada rasuah.
- Menegakkan Prinsip Anti Rasuah untuk Korporat di Malaysia dalam melaksanakan perniagaan dan dalam interaksi dengan rakan perniagaan serta Kerajaan.
