hero integrity

Dasar Tiada Hadiah

Melarang semua kakitangan meminta atau menerima hadiah bagi mengelakkan konflik kepentingan dan mengekalkan integriti.

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) memberikan perkhidmatan dengan standard integriti yang tinggi yang membentuk asas visi untuk menjadi syarikat konsesi lebuh raya bertaraf dunia yang memfokuskan kepada sektor pembinaan, pengurusan operasi dan penyelenggaraan. Oleh itu, kakitangan JKSB tidak dibenarkan:

  • Meminta atau menerima sebarang hadiah daripada mana-mana pihak ketiga yang mungkin mempunyai kepentingan perniagaan secara langsung atau tidak langsung dengan JKSB.
  • Memberi sebarang hadiah kepada mana-mana pihak ketiga yang mungkin mempunyai kepentingan perniagaan secara langsung atau tidak langsung dengan JKSB.

Semua kakitangan JKSB mesti mematuhi dasar ini untuk mengelakkan konflik kepentingan di dalam sebarang urusan perniagaan yang sedang berjalan atau berpotensi untuk dilaksanakan dengan JKSB.

Kembali ke Integriti & Tadbir Urus
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.