Halaman ini menerangkan amalan privasi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) yang merangkumi cara penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Privasi Anda
Sekiranya anda melakukan transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat tersebut mungkin dikongsi dengan agensi kerajaan lain bagi membantu penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan.
Sebagai contoh, perkara ini mungkin diperlukan untuk menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas daripada agensi lain.
Tiada maklumat peribadi akan dikumpulkan ketika anda melayari laman web ini kecuali jika anda sendiri memberikannya melalui e-mel atau borang dalam talian.
Pautan ke Laman Web Lain
Laman web ini mengandungi pautan ke laman web lain. Dasar Privasi ini hanya terpakai untuk laman web JKSB. Harap maklum bahawa laman web yang dipautkan mungkin mempunyai dasar privasi tersendiri dan pengunjung digalakkan meneliti serta memahami dasar privasi laman berkenaan.
Pindaan Dasar
Sebarang pindaan atau kemas kini terhadap Dasar Privasi ini akan dipaparkan di halaman ini. Dengan kerap melayari halaman ini, anda akan sentiasa dimaklumkan tentang cara maklumat anda dikumpul, digunakan dan, jika berkenaan, dikongsi dengan pihak lain.