Libat lebih 100 kakitangan pengurusan & operasi
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Batu Kawan, Pulau Pinang, 26 Julai 2023: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB; syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan dan Pemegang Konsesi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, JSAHMS) hari ini mengadakan program kesedaran bahaya dadah di tempat kerja melibatkan lebih 100 orang kakitangan JKSB dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Program yang diadakan di Pejabat Operasi Jambatan Kedua Sdn Bhd di Batu Kawan, Pulau Pinang ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif JKSB, Encik Faisal Shahbudin. Hadir sama, Ketua Pegawai AADK Daerah Seberang Perai Selatan, Encik Ku Muhaizat Ku Malim. Hadir sama, Penolong Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Pulau Pinang, Puan Lalithawathy A/P Kunaseelan dan Penolong Pengarah Pencegahan Negeri Pulau Pinang, Puan Suhada Mior Aris.
Usaha sama kedua-dua agensi ini terjalin menerusi komitmen dan penglibatan lebih 100 orang kakitangan JKSB yang terdiri daripada pihak pengurusan dan operasi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Menurut En Faisal Shahbudin, JKSB sentiasa komited dalam melaksanakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat berkenaan. Hal ini termasuk memfokuskan kepada usaha memelihara dan memulihara alam sekitar, membantu dalam memperkasakan ilmu pengetahuan serta pembangunan keharmonian komuniti.
“JKSB amat berbesar hati atas sokongan dan penyertaan yang diberikan oleh AADK Seberang Perai Selatan dalam menjayakan program yang amat bermakna ini. Ia bukan sahaja dapat memberi pengetahuan mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada majikan dan pekerja malah langkah pencegahannya di tempat kerja’’, kata En faisal.
Di akhir program, JKSB turut menyumbangkan peralatan operasi dan cetakan bahan edaran berjumlah lebih RM5,000 kepada AADK Seberang Perai Selatan bagi membantu agensi terbabit melancarkan operasi penguatkuasaan dan pencegahan di kalangan masyarakat terutama di sekitar Pulau Pinang. Serahan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif JKSB, Encik Faisal Shahbudin kepada Ketua Pegawai AADK Daerah Seberang Perai Selatan, Encik Ku Muhaizat Ku Malim.
— TAMAT —
Info Korporat:
Agensi Anti Dadah Kebangsaan Seberang Perai Selatan merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri yang menjadi agensi peneraju membanteras penyalahgunaan dadah dan substan di Malaysia.
Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) ialah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan, diwujudkan pada Ogos 2008 untuk mereka bentuk, mentadbir dan mengendali Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Pulau Pinang.
Untuk Pertanyaan Lanjut, Sila hubungi:
Encik Taha Rusydi Mohd Nazri
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Jambatan Kedua Sdn Bhd
012-273 7685
taha_rusydi@jambatankedua.com.my



