Kunjungan Hormat Oleh Pengurusan Tertinggi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) ke Kediaman Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

01
02
03
04
01

Pada 17 Januari 2025, satu kunjungan hormat telah diadakan oleh delegasi Pengurusan Tertinggi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) ke Seri Mutiara, Kediaman Rasmi TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak.

Delegasi JKSB telah diketuai oleh Pengerusinya, YBhg. Dato’ Haji Abdul Malik Abul Kassim, bersama Ahli Lembaga Pengarah, Encik Mohd Azha Mohd Abdullah serta barisan pengurusan kanan syarikat iaitu Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Faisal Shahbudin; Ketua Divisyen Operasi, Encik Hussin Mohammad; dan Ketua Komunikasi Korporat, Puan Hani Sophia Hilmi.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan rasmi antara pihak JKSB dan institusi TYT sebagai wakil tertinggi Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dalam pertemuan ini, beberapa perkara penting telah dikemukakan termasuk perkembangan semasa operasi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) serta sumbangan JKSB dalam merancakkan pembangunan infrastruktur dan ekonomi negeri.

This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.