JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH KEKAL SELAMAT

BATU KAWAN, PULAU PINANG – 29 Oktober 2023: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB; Syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan dan Pemegang Konsesi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, JSAHMS) ingin menafikan dakwaan sebahagian struktur Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) retak seperti video tular di media sosial hari ini.

Hal ini kerana pihak kami telah menerima satu rakaman video berdurasi 28 saat yang mendakwa wujud kesan retakan pada struktur pembinaan JSAHMS. Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati struktur JSAHMS dengan jambatan dalam video berkenaan adalah tidak sama sekaligus membuktikan ia bukan JSAHMS.

Sehubungan dengan itu, pihak JKSB meminta kerjasama daripada semua pihak agar tidak menularkan video tersebut bagi mengelakkan timbul kegusaran serta salah faham dalam kalangan orang awam.

JKSB mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya.

Pengguna juga boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1300-30-2828 untuk mendapatkan maklumat trafik atau ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

– TAMAT –

Info Korporat:

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) ialah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan, diwujudkan pada Ogos 2008 untuk mereka bentuk, membina, mentadbir dan menyelenggara Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Pulau Pinang.

Pertanyaan:

Encik Taha Rusydi Bin Mohd Nazri
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Jambatan Kedua Sdn Bhd
012-273 7685
taha_rusydi@jambatankedua.com.my

This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.