Batu Kawan, Pulau Pinang – 30 September 2023: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB; Syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan dan Pemegang Konsesi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, JSAHMS) ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan RFID di Plaza Tol A, B & C Bandar Cassia yang terganggu semalam (29 September 2023) telah pulih seperti sedia kala pada hari ini.
Siasatan terperinci telah dijalankan bagi mengenal pasti punca utama gangguan teknikal terbabit. Dalam pada itu, pelbagai langkah yang sewajarnya juga telah diambil untuk mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang.
JKSB turut melahirkan rasa kesal atas kesulitan yang dihadapi oleh pengguna lebuh raya akibat gangguan berkenaan. Terima kasih diucapkan atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya.
Pengguna juga boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1300-30-2828 untuk mendapatkan maklumat trafik atau ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.
— TAMAT —
Info Korporat:
Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) ialah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan, diwujudkan pada Ogos 2008 untuk mereka bentuk, mentadbir dan mengendali Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Pulau Pinang.
Untuk Pertanyaan Lanjut, Sila hubungi:
Encik Taha Rusydi Mohd Nazri
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Jambatan Kedua Sdn Bhd
012-273 7685
taha_rusydi@jambatankedua.com.my



